Tuesday 22 May 2012

permulaan yang baru


Assalamualaikum....

sudah 6 bulan aku duduk kat rumah dengan rutin harian yang  best.
yelah kat rumah asyik makan je..hahaha
pejam celik pejam celik sekejap je 6 bulan tu berlalu..
tak sempat nak kuruskan badan..oopppss...hehe
keputusan matrik,upu,form 6 dan maktab semua dah keluar.
Alhamdulillah,,aku dapat matrik dengan upu...
memang susah aku nak buat keputusan untuk pilih yang mana satu.
setelah berdoa dan berfikir dari segala aspek,akhirnya aku pilih untuk ke matrik.
memang macam sayang tolak upu,tapi aku percaya belajar kat mana2 sama je 
cuma kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Aku juga dengar kalau pergi matrik nanti kena struggle,lepas tu kalau pointer teruk susah nak masuk u.
memang seram jugak dengar..tapi aku percaya rezeki ada kat mana2 asalkan niat kita betul.

Pada 28/5/2012 nanti,,aku akan pergi kolej matrikulasi johor.
Tinggal berapa hari je lagi aku blah dari rumah..hahahaha
Mudah-mudahan kat matrik nanti aku boleh hidup dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
InsyaAllah,,pray for me =)
Aku selalu ingatkan diri aku bahawa ini baru permulaan untuk berjaya.
banyak lagi dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menjadi seorang yang berjaya 
di dunia dan di akhirat.


bersemangat !

perlu tahu cara-cara untuk berjaya

Kejayaan milik setiap insan !!!!!

cari kunci sampai dapat..LOL

aku suka ayat kat bawah ni..=)


so,,tunggu apa lagi....


sekian,=)





May Allah Bless you ^.^

Sunday 20 May 2012

novel hlovate

Assalamualaikum

hewhewhew
tiba-tiba ketawa macam ayam serama...okay macam ape..
tiba-tiba teringin nak makan dominos'pizza

peh,,kalau dapat ni sedap
                         
okay dah merepek.....actually nak post pasal novel hlovate
siapa yang minat novel tahu lah kot..
semual novel hlovate memang super awesome la..
aku dah bace semua kecuali gurindam jiwa dengan contengan jalanan..
aku mula minat bace novel hlovate masa kawan aku ckp kat aku..
shud la yang rekemen kan novel aA+bB..
credit to her.
novel kat atas ni memang best..
nama hero Benz Aliff dan nama heroin Nur Addin Shah
kemain nama hero dia...hahaha
dalam novel ni ada mention tempat luar negara.aku sanggup cari kat google..hahaha
bunga tulip kat holland
                                             lepas novel kat atas ni aku baca pula novel Tunas


novel tunas ni ada kena mengena dengan novel aA+bB..
kat dalam tunas ni masa benz dengan addin sekolah kat kolej tunas.
masa baca tunas ni boleh mengimbau kenangan waktu sekolah.
dah lah baca mase lepas spm...rindu seyh kenangan kat sekolah.
lepas dua novel yang aku baca ni terus jatuh chenta dengan novel hlovate.
aku terus cari novel 5 Tahun 5 Bulan


Dalam novel ni mengisahkan Johana atau Ana kerja sebagai orang gaji kat rumah encik lutfi
sebab dia nak kumpul duit untuk sambung belajar kat university of Aberdeen.
kat rumah tu dia jumpa Afiq aka Along,Apeh,Nana dengan Nina.
Ana kerja kat rumah tu 3 bulan je..dalam novel ni ada cerita pasal hang jebat,makanan
dan lain lagi..hehehe
lepas tu aku suruh kakak aku beli Versus dengan Rooftop Rant.
gelojoh betul aku...
dua novel ni memang lain daripada lain la
bagi aku la...jalan cerita pon tersusun
ni novel Rooftop Rant


Dalam rooftop rant ade trisy dengan jade..
sinopsisnye pergi cari sendiri.
aku tak pandai nak pendekkan..lol
tapi memang best la.
ni novel Versus


Dalam versus pula ada AO aka Ashraf Omar dengan Minn Edina.
novel ni bagus untuk orang yang nak berubah ke arah kebaikan.

Secara kesuluruhannye novel hlovate ni santai,ada unsur islamik,ada mention tempat2 luar negara dan ada pengajaran yang boleh kita dapat.
Tapi dalam lima novel hlovate ni,satu novel je yang aku beli guna duit sendiri iaitu 5 Tahun 5 Bulan.
yang lain semua kakak aku yang beli..hahahaha
thanks akak.sayang kau lebih.hahaha
mesti kau minta mc flurry kan..siot la tu...hahaha
okay,panjang pulak aku post ni.
harap korang baca la novel hlovate ni.
sekian ^.^





May Allah Bless you ^.^