Tuesday 22 May 2012

permulaan yang baru


Assalamualaikum....

sudah 6 bulan aku duduk kat rumah dengan rutin harian yang  best.
yelah kat rumah asyik makan je..hahaha
pejam celik pejam celik sekejap je 6 bulan tu berlalu..
tak sempat nak kuruskan badan..oopppss...hehe
keputusan matrik,upu,form 6 dan maktab semua dah keluar.
Alhamdulillah,,aku dapat matrik dengan upu...
memang susah aku nak buat keputusan untuk pilih yang mana satu.
setelah berdoa dan berfikir dari segala aspek,akhirnya aku pilih untuk ke matrik.
memang macam sayang tolak upu,tapi aku percaya belajar kat mana2 sama je 
cuma kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Aku juga dengar kalau pergi matrik nanti kena struggle,lepas tu kalau pointer teruk susah nak masuk u.
memang seram jugak dengar..tapi aku percaya rezeki ada kat mana2 asalkan niat kita betul.

Pada 28/5/2012 nanti,,aku akan pergi kolej matrikulasi johor.
Tinggal berapa hari je lagi aku blah dari rumah..hahahaha
Mudah-mudahan kat matrik nanti aku boleh hidup dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
InsyaAllah,,pray for me =)
Aku selalu ingatkan diri aku bahawa ini baru permulaan untuk berjaya.
banyak lagi dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menjadi seorang yang berjaya 
di dunia dan di akhirat.


bersemangat !

perlu tahu cara-cara untuk berjaya

Kejayaan milik setiap insan !!!!!

cari kunci sampai dapat..LOL

aku suka ayat kat bawah ni..=)


so,,tunggu apa lagi....


sekian,=)





May Allah Bless you ^.^

Sunday 20 May 2012

novel hlovate

Assalamualaikum

hewhewhew
tiba-tiba ketawa macam ayam serama...okay macam ape..
tiba-tiba teringin nak makan dominos'pizza

peh,,kalau dapat ni sedap
                         
okay dah merepek.....actually nak post pasal novel hlovate
siapa yang minat novel tahu lah kot..
semual novel hlovate memang super awesome la..
aku dah bace semua kecuali gurindam jiwa dengan contengan jalanan..
aku mula minat bace novel hlovate masa kawan aku ckp kat aku..
shud la yang rekemen kan novel aA+bB..
credit to her.
novel kat atas ni memang best..
nama hero Benz Aliff dan nama heroin Nur Addin Shah
kemain nama hero dia...hahaha
dalam novel ni ada mention tempat luar negara.aku sanggup cari kat google..hahaha
bunga tulip kat holland
                                             lepas novel kat atas ni aku baca pula novel Tunas


novel tunas ni ada kena mengena dengan novel aA+bB..
kat dalam tunas ni masa benz dengan addin sekolah kat kolej tunas.
masa baca tunas ni boleh mengimbau kenangan waktu sekolah.
dah lah baca mase lepas spm...rindu seyh kenangan kat sekolah.
lepas dua novel yang aku baca ni terus jatuh chenta dengan novel hlovate.
aku terus cari novel 5 Tahun 5 Bulan


Dalam novel ni mengisahkan Johana atau Ana kerja sebagai orang gaji kat rumah encik lutfi
sebab dia nak kumpul duit untuk sambung belajar kat university of Aberdeen.
kat rumah tu dia jumpa Afiq aka Along,Apeh,Nana dengan Nina.
Ana kerja kat rumah tu 3 bulan je..dalam novel ni ada cerita pasal hang jebat,makanan
dan lain lagi..hehehe
lepas tu aku suruh kakak aku beli Versus dengan Rooftop Rant.
gelojoh betul aku...
dua novel ni memang lain daripada lain la
bagi aku la...jalan cerita pon tersusun
ni novel Rooftop Rant


Dalam rooftop rant ade trisy dengan jade..
sinopsisnye pergi cari sendiri.
aku tak pandai nak pendekkan..lol
tapi memang best la.
ni novel Versus


Dalam versus pula ada AO aka Ashraf Omar dengan Minn Edina.
novel ni bagus untuk orang yang nak berubah ke arah kebaikan.

Secara kesuluruhannye novel hlovate ni santai,ada unsur islamik,ada mention tempat2 luar negara dan ada pengajaran yang boleh kita dapat.
Tapi dalam lima novel hlovate ni,satu novel je yang aku beli guna duit sendiri iaitu 5 Tahun 5 Bulan.
yang lain semua kakak aku yang beli..hahahaha
thanks akak.sayang kau lebih.hahaha
mesti kau minta mc flurry kan..siot la tu...hahaha
okay,panjang pulak aku post ni.
harap korang baca la novel hlovate ni.
sekian ^.^





May Allah Bless you ^.^

Thursday 26 April 2012

CINTA..kekayaan..kecantikan..kesedihan..kegembiraan...

Assalamualaikum....jom kita luangkan masa baca kisah kat bawah ni...aku nak share kat korang..aku jumpa kat satu buku ni...

Alkisah di suatu pulau kecil,tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada cinta,kekayaan,kecantikan,kesedihan,kegembiraan dan sebagainya.Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.Namun suatu ketika,datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu.semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.


CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.Sementara itu air makin naik membasahi  kaki CINTA.Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.


"KEKAYAAN!KEKAYAAN!Tolong aku!" teriak CINTA.


Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN.


"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.Aku tak dapat membawamu serta ,nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."


Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali,namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.


"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.


Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN  terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA  semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.


"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!",teriak CINTA.


Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah,CINTA,kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.




CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mula menangis teresak-esak. Apa kesalahanku,mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,


"oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.


Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.


CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, "oh tuhan tolonglah aku,apa jadinya  dunia tanpa aku,tanpa CINTA?


Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat,orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi.Pada saat itu barulah CINTA sedar,bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.CINTA segera menanyakannya kepada  seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh,orang tua tadi?Dia adalah WAKTU ",kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya.Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku",tanya CINTA heran. "sebab",kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu...."






CINTA KEPADA ALLAH,CINTA KEPADA RASUL,CINTA IBU BAPA,CINTA KEPADA UMMAH,CINTA KEPADA KECEMERLANGAN.
MARI...KITA SEMUA...CINTA LIMA PERKARA  =)






May Allah Bless you ^.^

Friday 23 March 2012

heeeee

Assalamualaikum


Ni gambar lepas dapat result spm...memang kena pakai jubah sebab ada majlis graduasi...sewa je jubah tu...
heeeee....peace yawww

May Allah Bless you ^.^

Thursday 22 March 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum...hai..dah lama tak update blog...aku memang pemalas nak update blog..heeee
semua orang tahu spm dah keluar kan...memang semua orang  sebok nak tanya result masing-masing...termasuklah aku..aku kat kereta je along dah telefon aku..menyampah aku tanye result...tanye lah benda lain...hahaha..lepas tu kakak aku telefon...dia dah tahu result aku dulu sebab epy yang bagitahu..siot betul...tapi takpelah tak kisah sangat....mak cik-mak cik aku pon bagi mesej kat aku tanye...biasa la tu...kiranye diaorang ambil berat pasal kita...ye ke???tak kisah la...result aku???biasa-biasa je tapi aku sangat bersyukur pada Allah walaupun tak dapat semua A...yang penting mak dgn ayah aku bangga dah cukup....dan lagi satu lupa nak taip...aku dah dapat lesen kereta...alhamdulillah...aku berterima kasih kat JPJ tu...aku rasa Allah lembutkan hati JPJ tu....sekarang ni aku tengah nak mohon itu ini...heee...semalam tengok berita seramai 500 berapa ntah dapat semua A+...gila ramai! risau pula aku...tapi aku percaya semua orang ada rezeki masing-masing...mudah-mudahan aku boleh berjaya lagi kat luar sana...aminn





May Allah Bless you ^.^

Tuesday 28 February 2012

Kek Batik Jawa #omnomnomnom

 Assalamualaikum
                                                  
  Minggu lepas aku dgn mak +  akak aku buat kek batik jawa.
ni perut aku punya pasal la nak makan kek batik...ehehehe
 kat bawah ni ada resepi kek batik jawa daripada kawan  mak
aku....jangan malu jangan segan nak cuba..amboi..




Resepi Kek Batik Jawa

Bahan A
  • 1/2 gelas milo
  • 1/2 gelas butter
  • 1/2 gelas nestum
  • 1/2 gelas koko
  • 1/2 gelas gula  
Bahan B 
  • 300-600 gram biskut marie (patah 4 )
  • 2 gelas air masak
  • 2 biji telur  
Cara-caranya :
  1. Patahkan biskut marie
  2. Masukkan telur + gula + butter ke dalam kuali..kacau sehingga rata
  3. Lepas tu masukkan bahan A ke dalam kuali tadi dan masakkan atas api
  4. Selepas 15 minit,,tutup api dan masukkan biskut marie yang dah dipatahkan ke dalam kuali
  5. Gaul biskut marie sehingga rata
  6. Lepas tu masukkan ke dalam loyang
  7. Bakar sekejap dalam 15 minit
  8. Kalau nak tahan lama,,lepas bakar,sejukkan dulu baru masuk dalam peti ais
                                          
                                                         kat bawah ni hasilnye












meleleh ke???? hihi

sekian,=)







May Allah Bless you ^.^

Monday 27 February 2012

Adnan Sempit 2

                                                     Assalamualaikum...hai =)
                                          dah lame tak update blog...hehehe 
                                      penyakit 'M' datang la.....(faham2 jelah)
           
okay,,straight to the point...korang dah tengok Adnan Sempit 2??? kalau dah angkat kening..kalau belum baik korang tengok...tak kan menyesal la....aku??mestilah aku dah tengok jumaat lepas...tak ramai yang tengok..mula-mula 6 orang je yang tengok termasuk aku dgn akak aku,,lps 10 minit ade 3 4 orang baru masuk...tak ramai yang tengok sebab hari jumaat kot..lagipun ,mase tayangan pukul 1.45 ptg...tapi lagi best tak ramai sebab boleh ketawa kuat2...oppss...hehehe....aku bagi 5 bintang kat filem ni...terbaeekkkk...


tiket wayang
   
kat bawah ni ada sinopsis citer Adnan Sempit 2..aku copy kat blog ni..hehehe


Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?


kat bawah ni trailer Adnan Sempit 2

 
 
    

                                                

May Allah Bless you ^.^

Monday 13 February 2012

Termenung sebentar

~Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa,mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.
Sebaik-baik kaya adala kaya hati,sebaik-baik bekal adalah takwa,seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta ~kata-kata hikmah

~Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.

~sabar penghilang penat,tekun pembawa dekat.

~Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa,bukan orang  yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap.

~Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
 


May Allah Bless you ^.^

Sunday 5 February 2012

Fipper Slipper

Assalamualaikum...hai...okay aku nak cerita,,semalam pergi jusco taman U...saje jalan2...ikut akak terSAYANG...hahaha....niat dari rumah memang nak pergi MPH..nak beli novel byk2...hehehe...dapat la juga 3 novel..hehehe...nak tahu novel ape???novel Bicara Hati,Kasih Dania dengan Aku Bukan Mistrees..hehe..gila kan....lepas tu meronda la..tengah2 meronda nampak satu kiosk a.k.a kedai kecil2 jual selipar...aku da la minat kat fipper slipper ni...walaupun hanye selipar jepun...aku rase selipar tu macam smart...so,aku pon terus beli...hihihi..tapi beli yg fipper classic je....


credit to pak google

credit to pak google 

balek je aku terus tunjuk kat mak aku and mak aku cakap "selipar jepun jugak kau beli"...hehehe
okay tu je aku cerita...May Allah Bless you....


May Allah Bless you ^.^

Monday 30 January 2012

lesen ouh lesen

Assalamualaikum...lame dah aku tak menjengah blog ni...hihihihi...balek kampung la....yelah,,ayah aku cakap kena selalu balek kampung supaya tak lupa daratan (aku tipu je)...hehehe....
okay,,tadi ayah aku dah daftarkan aku ambil lesen...terkujat aku..hakhakhak...esok dah start sesi ceramah 
5 jam..adoyai,,tak macam boring pulak...tapi tak pelah..ayah aku dah daftarkan...thanks ayah!
kadang-kadang macam takut pula nak ambil lesen..hihihi..ape la aku ni....aku harap aku dapat habiskan cepat2 dan dapat lesen kereta...aminn....


akan ku dapatkan dikau..hihihi


okay,,tu je aku nak cerita,,,may Allah bless you!

May Allah Bless you ^.^

Monday 16 January 2012

SMS yang patut di baca oleh wanita

Assalamualaikum...tadi mase aku tengah online facebook,,ada satu  page ni post yang berkaitan dengan tajuk kat atas...aku rasa bagus untuk kaum perempuan baca....so,aku nak share kat sini...

SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku. Enjoy reading!

1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

BERMULA ZINA YANG SEBENAR.

***
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang.. 


"beringat sebelum terkena"...May Allah bless you :)
credit to aliffcullen.blogspot.com yang post artikel kat atas ni...

May Allah Bless you ^.^

Tuesday 10 January 2012

shilah amzah

                 assalamualaikum..hari ini aku nak cakap pasal suara shilah amzah....

cantikkan shila amzah ^^

aku minat kat suara dia...suara dia memang super awesome la.....
lagi-lagi lagu patah seribu dgn beribu sesalan..
ouh sangat best suara dia...heeeee....
dia pon ade cover banyak lagu kat youtube...kat bawah ni video cover yang aku suke..hope korang enjoy..


                                         
best kannn??
  
                                        
comel kan..
      
 
      



         


harap2 korang enjoy dengan video ni...heee...aku tak minat sangat shila ni,tapi aku minat suara dia..boleh ke??hehehe....
oke la semoga anda semua dirahmati Allah dan ceria selalu :)
May Allah Bless you ^.^

Friday 6 January 2012

Kebaikan Minum Air Selepas Bangun Pagi

Assalamualaikum...korang tengok tajuk kat atas mesti ada yang dah tahu....dulu aku tertanya-tanya amboi aku  apa 
kebaikan minum air masak lepas bangun pagi...so,aku pergi search kat  pak google pasal benda ni...lepas tu aku copy la kebaikan minum air ...hehehehehe
kat bawah ni lah kebaikannya...

"Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya. Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
Tekanan darah tinggi – 30 hari
Gastrik – 10 hari
Diabetes – 30 hari
Sembelit – 10 hari
Kanser – 180 hari
Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil."

dah bace??aku pon tengah cuba amalkan benda ni slow2..hihihi
aku harap korang pon amalkan..



so,rajin2 la minum air ye...


May Allah Bless you ^.^

Thursday 5 January 2012

errrr hai

assalamualaikum semua...hari ini aku baru start buat blog..heeee...
May Allah Bless you ^.^