Tuesday 22 May 2012

permulaan yang baru


Assalamualaikum....

sudah 6 bulan aku duduk kat rumah dengan rutin harian yang  best.
yelah kat rumah asyik makan je..hahaha
pejam celik pejam celik sekejap je 6 bulan tu berlalu..
tak sempat nak kuruskan badan..oopppss...hehe
keputusan matrik,upu,form 6 dan maktab semua dah keluar.
Alhamdulillah,,aku dapat matrik dengan upu...
memang susah aku nak buat keputusan untuk pilih yang mana satu.
setelah berdoa dan berfikir dari segala aspek,akhirnya aku pilih untuk ke matrik.
memang macam sayang tolak upu,tapi aku percaya belajar kat mana2 sama je 
cuma kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Aku juga dengar kalau pergi matrik nanti kena struggle,lepas tu kalau pointer teruk susah nak masuk u.
memang seram jugak dengar..tapi aku percaya rezeki ada kat mana2 asalkan niat kita betul.

Pada 28/5/2012 nanti,,aku akan pergi kolej matrikulasi johor.
Tinggal berapa hari je lagi aku blah dari rumah..hahahaha
Mudah-mudahan kat matrik nanti aku boleh hidup dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
InsyaAllah,,pray for me =)
Aku selalu ingatkan diri aku bahawa ini baru permulaan untuk berjaya.
banyak lagi dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menjadi seorang yang berjaya 
di dunia dan di akhirat.


bersemangat !

perlu tahu cara-cara untuk berjaya

Kejayaan milik setiap insan !!!!!

cari kunci sampai dapat..LOL

aku suka ayat kat bawah ni..=)


so,,tunggu apa lagi....


sekian,=)





May Allah Bless you ^.^

No comments:

Post a Comment